Kereta hilang kawalan punca lima sekawan terbabit kemalangan

Kereta hilang kawalan punca lima sekawan terbabit kemalangan, seorang maut

ANGGOTA bomba membantu mangsa nahas kereta terbalik di Jalan Genting Highland, Genting Sempah, Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Kemalangan sebuah kenderaan di Kilometer 25.8 lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur dekat sini yang menyebabkan seorang lelaki maut manakala empat kenalannya cedera berpunca daripada hilang kawalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 5 pagi ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dari arah Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur.

“Kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama empat lelaki tempatan berusia 17 tahun hingga 22 tahun yang juga kenalannya.

“Semasa melalui jalan berselekoh menuruni bukit, kenderaan berkenaan  hilang kawalan lalu terbabas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, ekoran kemalangan itu seorang penumpang belakang berusia 22 tahun cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mangsa lain yang cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Selayang.

“Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

Tambah Noor Ariffin, kes  disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Norazlan Noorudin di talian 019-7974466 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-612622. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya