Keputusan DNA rangka manusia dalam longkang diketahui dua minggu lagi

Keputusan DNA rangka manusia dalam longkang diketahui dua minggu lagi

HUSSEIN Omar Khan memeriksa perbarisan anggota di IPD Sepang Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka manusia yang ditemukan dalam longkang di tepi Jalan Kebun, Klang pada 27 Ogos lalu akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan.

Menurut beliau, mayat mangsa yang dipercayai seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemui dalam keadaan reput dengan beberapa bahagian anggota badan terpisah.

“Lanjutan daripada kes ini, kita telah mengenal pasti satu kes orang hilang yang dilaporkan pada Jun lalu membabitkan seorang warganegara Malaysia.

“Berdasarkan laporan autopsi, mayat yang ditemukan itu disahkan berusia lingkungan 30-an manakala individu yang dilaporkan hilang itu juga dalam lingkungan umur yang sama, maka kita percaya kedua-dua kes ini ada kaitan.

“Bagaimanapun, kita perlu sahkan identiti rangka manusia itu melalui ujian DNA bagi mengetahui sama ada mayat yang ditemukan ini mangsa yang dilaporkan hilang atau sebaliknya.

“Sampel DNA sudah dihantar ke makmal dan sedang dalam proses untuk menunggu keputusan yang dijangkakan dalam dua minggu lagi,” katanya menerusi sidang akhbar pada majis pelupusan barang kes IPD Sepang, di sini hari ini.

Pada 29 Ogos lalu, media melaporkan satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemukan tersangkut pada batang paip dalam longkang di tepi Jalan Kebun, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan awal mendapati terdapat satu tengkorak kepala dan bahagian badan dari pinggang ke bawah dalam keadaan tidak sempurna.

Dalam perkembangan berlainan, Hussien berkata, seorang anggota polis di IPD Sepang yang didakwa terlibat dalam kes khalwat dalam sebuah video tular akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya didapati bersalah.

Jelasnya, pada masa sama, siasatan lanjut juga sedang dijalankan berhubung kes tersebut secara telus dan adil kerana ia turut melibatkan seorang individu lain.

“Polis juga telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui laporan dibuat anggota itu sendiri yang mendakwa beliau difitnah oleh individu lain,” katanya.

Pada 25 Ogos lepas, tular video berkaitan dakwaan salah laku melibatkan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang kononnya ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah kondominium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya