Kempen bandar Teluk Intan bebas sampah

Kempen bandar Teluk Intan bebas sampah

WOO Kah Leong (tiga dari kanan) ketika melawat kawasan pembuangan sampah haram di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sebanyak RM100,000 diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram dan membantu kempen ke arah bandar Teluk Intan bebas sampah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong berkata, peruntukkan itu di bawah Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, peruntukan itu diumumkan selepas lawatan beliau di tapak sampah haram di Lorong Tembikai di sini bersama Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Zairul Akmal Kasim baru-baru ini.

Katanya, peruntukan itu bagi pembelian tong sampah Roro, juga penyediaan papan tanda larangan dan papan iklan untuk tujuan publisiti kempen menjaga kebersihan bandar ini.

“Beberapa perbincangan sudah diadakan antara pihak pejabat saya dengan YDP MPTI mengenai usaha untuk menjadikan Teluk Intan bebas sampah haram, sejajar dengan aspirasi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

“Oleh itu, pejabat Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Pasir Bedamar membantu dalam menyelesaikan masalah ketidakcukupan kelengkapan dan logistik yang dihadapi oleh MPTI,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya