SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia akan memperkenalkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk kenderaan elektrik (EV) tidak lama lagi bagi memastikan negara cukup bersedia memenuhi permintaan pengguna kenderaan tersebut satu hari nanti. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, menjelang era Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 industri automotif turut melalui fasa kenderaan yang lebih canggih dari aspek teknologi. “Kerajaan sentiasa mengambil maklum perkembangan industri automotif iaitu EV keluaran Tesla yang akan masuk secara besar-besaran ke negara ini. “Sehubungan itu kita komited untuk memperkenalkan kursus kemahiran EV di institut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya