perlu pastikan kemasukan murid antarabangsa patuh prosedur

Kementerian Pendidikan perlu pastikan kemasukan murid antarabangsa ke sekolah Cina patuh prosedur

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan memaklumkan sentiasa mengalu-alukan kemasukan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Kementerian berkenana dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata, pihaknya bertanggungjawab setiap prosedur yang ditetapkan dipenuhi. 

Kata kementerian berkenaan pihaknya telah menerima 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa antara tempoh Jun hingga Ogos 2023.

“Oleh itu, tiada sebarang surat penolakan dikeluarkan bagi permohonan kemasukan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). 

“Kesemua permohonan yang diterima berada dalam penelitian dan pihak sekolah terlibat telah dimaklumkan mengenainya.

“Bagaimanapun, penelitian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan dasar pengoperasian SMPC yang sedang dalam proses semakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu hadir dipercayai merujuk kepada kenyataan parti MCA yang tidak bersetuju dengan tindakan kementerian didakwa membekukan pengambilan pelajar antarabangsa di SMPC. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon mendedahkan, permohonan pengambilan 28 pelajar antarabangsa di sebuah SMPC di Perak telah ditolak.

Katanya, SMPC terkenal dengan ketegasan mereka dalam pentadbiran sekolah dan pengambilan pelajar antarabangsa akan mengikut prosedur ditetapkan dan isu penyalahgunaan pas sosial hanya berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

-HABIS- 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya