Kementerian Pendidikan pastikan tidak ada jurang murid Orang Asli

Kementerian Pendidikan mahu pastikan tidak ada jurang dalam pendidikan murid Orang Asli

PKHARUDIN Ghazali (tengah) menyaksikan persembahan tarian tradisional Orang Asli Temuan daripada murid Orang Asli ketika tiba bagi menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Pribumi Peringkat Kebangsaan 2023 yang berlansung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan melalui pelaksanaan Inisiatif #57 berhasrat mahu memastikan tiada jurang perbezaan dalam pendidikan murid Orang Asli dan mempunyai kesamarataan akses seiring pendidikan arus perdana. 

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali menjelaskan, KPM memandang jauh bagi pendidikan orang Asli ini dan mahu membawa ia ke tahap tidak ada jurang dari sekolah harian biasa. 

“Daripada segi lokaliti mereka tidak akan menjadi bandar di kawasan pedalaman sana, namun, tahap pendidikan mereka (orang Asli) setanding dan mendapat sijil selepas tamat sekolah. 

“Selain itu, daripada segi kemahiran dan kepakaran yang ada di bandar juga turut dibawa sama ke kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Pribumi Peringkat Kebangsaan tahun 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini. 

Insiatif #57: Transformasi Pendudikan orang Asli dan Peribumi yang diterajui oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2021-2025. 

Karnival Pendidikan Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan julung kalinya diadakan dan selaras dengan ketetapan aktiviti sokongan Sasaran Pencapaian Utama (Key Performance Indikator) Inisiatif #57 yang memberi fokus kepada kehadiran murid orang Asli dan Peribumi, transisi murid Orang Asli dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 dan pencapaian tahap minimum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. 

Selain itu, karnival berkenaan juga bertujuan memberi peluang dan kesamarataan akses serta memupuk kemenjadian murid orang Asli dan Peribumi.

Seramai 500 murid orang Asli dan Peribumi serta guru pengiring dari sembilan negeri terlibat dalam program tersebut.

Melalui program tersebut juga, KPM turut memberi peluang kepada murid orang Asli untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti dan inovasi dalam kalangan mereka. 

“Murid-murid ini diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian solo, deklamasi puisi, bercerita, action song dan robotik. Pasukan terbaik dalam kalangan sekolah orang Asli akan dipilih bagi mewakili semua kategori pertandingan peringkat kebangsaan yang dijalankan,” kata Pkharuddin lagi.

Johan keseluruhan Karnival Pendidikan orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 telah dianugerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 

Sementara itu, Pkharuddin berkata, ketika ini terdapat sebanyak 94 buah sekolah mempunyai murid orang Asli yang mempunyai enrolmen 100 peratus dan empat buah sekolah sebanyak 75 peratus murid orang Asli di tujuh buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.

Katanya, bagi kaum Peribumi di Sabah pula ia melibatkan kaum Dusun Bonggo dan Sarawak adalah kaum Penan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN