Kementerian Kesihatan sedia bentang cadangan bina pusat lanser

Kementerian Kesihatan sedia bentang cadangan bina Pusat Kanser Sarawak

DR Zaliha ditemui media selepas meninjau cadangan tapak bagi pembinaan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Kesihatan  bersiap sedia untuk membentangkan cadangan tapak bagi pembinaan Pusat Kanser Sarawak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata cadangan tapak dan lokasi pembinaan bagi pusat kanser tersebut telah dikenal pasti, namun hanya menunggu untuk dibentangkan dan kelulusan Perdan Menteri.

“Cadangan bagi potensi tapak pada pusat kanser Sarawak ini telah lama diperbincangkan, dan di peringkat kementerian dan juga bagi pihak kerajaan negeri juga kita telah laksanakan kerja-kerja di lapangan dan ini akan dipersembahkan kepada Perdana Menteri termasuk di kabinet.

“Kalau semua cadangan ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak melibatkan kerajaan persekutuan dan juga negeri, baru lah kerja-kerja untuk pembinaannya akan memudahkan kita untuk meneruskan projek ini,” katanya ketika ditemui media pada lawatannya di tinjauan cadangan tapak projek Pusat Kanser Sarawak, di Pusat Jantung Sarawak di sini hari ini.

Pada Januari lepas, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana negeri menjelang akhir tahun ini jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Jelasnya pusat kanser itu akan menyumbang kepada penjagaan kesihatan rakyat Sarawak dan memenuhi keperluan pesakit kanser dari Sabah dan negara jiran Kalimantan Barat, Indonesia.

“Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan yakni kita membina bangunan yang menelan kos sekitar RM800 juta, manakala kerajaan Persekutuan menyediakan tenaga pakar dan peralatan,” tambah Abang Johari.

Difahamkan cadangan pembinaan pusat kanser itu meliputi kawasan seluas 20 ekar yang akan ditempatkan di sebelah Pusat Jantung, Sarawak di Kota Samarahan.

Dalam pada itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa keputusan untuk pembinaan pusat kanser ini nanti akan dimuktamadkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Untuk muktamadkan saya harap Insya-Allah ada masa terdekat ini akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri dan juga Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg),” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya