Kementerian ambil langkah intervensi tingkatkan beras 20 peratus 

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan campur tangan tingkatkan beras 20 peratus 

beras
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan langkah intervensi bagi meningkatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran sebanyak 20 peratus.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, pihak pengilang padi telah bersetuju memberi tambahan 20 peratus kuota padi kepada kerajaan melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selain memberi kuota tambahan sama kepada pemborong-pemborong bumiputera.

Kementerian itu berkata, keputusan tersebut dicapai melalui sesi libat urus bersama industri pengilang padi dan pemborong beras zon utara pada 27 Ogos lalu di Alor Setar, Kedah.

“Kerajaan berharap dengan langkah ini, bekalan beras putih tempatan di pasaran akan kembali pulih dalam waktu terdekat dengan pertambahan jumlah pengeluarannya di pasaran.

“Sehingga kini, harga beras putih tempatan masih kekal pada harga kawalan RM2.60 sekilo gram sejak tahun 2008 dan ia adalah harga terendah di rantau ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kementerian telah melancarkan Operasi Beras Putih (OP BPT) pada 16 Ogos lalu bagi menumpukan pemeriksaan dan penguatkuasaan peringkat pengilang padi dan pemborong beras di seluruh negara.

“Jika didapati ada pihak gagal memenuhi perundangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kerajaan melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak membatalkan atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, kementerian akan mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2024 bersama pemain industri atau pihak berkepentingan di bawah subsektor padi pada 7 September ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Ia bertujuan bagi mendapatkan input dan pandangan daripada pemain industri untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya