Kemalangan 6 kenderaan: PLUS tutup semua lorong sebelum dibuka berperingkat - Utusan Malaysia

Kemalangan 6 kenderaan: PLUS tutup semua lorong sebelum dibuka berperingkat

CIAPAN yang dibuat di laman Twitter@plustrafik berhubung situasi terkini kemalangan jalan raya yang melibatkan enam kenderaan termasuk dua treler di Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terpaksa menutup semua lorong berhampiran lokasi kemalangan di Kilometer (KM) 164.8, Lebuhraya Utara Selatan-Bukit Minyak berhampiran Sungai Bakap arah utara, awal pagi tadi buat sementara waktu sebelum membukanya secara berperingkat-peringkat.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh syarikat pengendali konsesi lebuh raya itu menerusi satu ciapan yang dibuat di laman Twitter @plustrafik, hari ini.

Menurut PLUS, sehingga pukul 9.05 pagi tadi, laluan arah utara masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan tersebut dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Bandar Baharu.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan itu bagaimanapun selesai kira-kira pukul 11.41 pagi dan laluan kiri serta kanan menghala ke utara juga telah dibuka untuk semua kenderaan.

Terdahulu, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi itu melibatkan enam buah kenderaan termasuk dua buah treler dan telah meragut sekurang-kurangnya satu nyawa serta mencederakan tujuh yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya