Kemahiran tempur, persenjataan penting untuk pegawai JPJ

Kemahiran tempur, persenjataan penting untuk pegawai JPJ

ROSPIAGOS Taha pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai JPJ 2023 di Akademi Pengangkutan Jalan, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa didedahkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran tempur dan persenjataan dari semasa ke semasa, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Rospiagos Taha.

Beliau berkata, perkara itu penting bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kompetensi semasa menjalankan tugas, khususnya dalam operasi penguatkuasaan.

Mengambil contoh insiden melibatkan anggotanya yang dirempuh seorang penunggang motosikal ketika bertugas dalam operasi sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini, Rospiagos berkata, keselamatan pegawai dan anggota dalam operasi penguatkuasaan perlu terjamin dan terhindar daripada sebarang ancaman atau kekerasan melibatkan orang awam.

“Kita juga bukan sewenang-wenangnya hendak menggunakan kekerasan ketika menjalankan operasi, namun kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang tertakluk di bawah JPJ, bagi melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai JPJ 2023 di sini, hari ini.

Pada 21 September lalu, penunggang motosikal terlibat dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000.

Hukuman dijatuhkan Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd. Ghani selepas tertuduh, Nor Khairul Azwa Azizi, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bekas pengawal keselamatan itu didakwa dengan sengaja telah menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguatkuasa JPJ daripada menjalankan tugas di lokasi kejadian.

Bercakap mengenai aplikasi MyJPJ, Rospiagos berkata, semua urusan perkhidmatan termasuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 2025.

Jelasnya, selaras dengan hasrat ke arah pendigitalan sepenuhnya, ia bergantung kepada kekuatan sistem MyJPJ dibangunkan.

“Sekarang ini kita masih dalam proses interim dan sedang melaksanakan projek perintis bagi urusan pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam kalangan warga JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan menerusi aplikasi itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya