KUALA LUMPUR: Bekas suami Noor Nabila, Engku Imran terkilan apabila cerita penceraiannya di sensasikan di media sosial.
Katanya, dia kecewa kerana gara-gara perkara itu, keluarga dan rakan terdekat mendapat malu.
“Saya bukan nabi. Kesian ayah dan anak saya yang terpaksa hadap cerita-cerita sampah begini.
“Saya boleh telan semua ini, tapi kesian keluarga dan kawan-kawan. Mereka mungkin turut malu,” katanya.
Engku Emran berkata demikian ketika berbual dengan dua rakannya di media sosial.
Engku Emran dan Noor Nabila bercerai talak satu Isnin lalu. Pasangan tersebut tidak memiliki cahaya mata.
Sebelum ini dia juga pernah berkahwin dengan primadona Malaysia, Erra Fazira namun bercerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka memiliki seorang anak bernama Engku Aleesya.
Selepas itu Engku Emran berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 namun bercerai pada 2020.