Keluarga buntu bayar kos rawatan Acute Leukemia

Keluarga buntu bayar kos rawatan Acute Leukemia

NORZUHAILA Jasuri dan anaknya Nur ‘Aafiyah Naadhira Mohd. Zaki ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chembong, Rembau. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sepasang suami isteri berdepan ujian besar selepas anak ketiga mereka disahkan menghidap penyakit Acute Leukemia dan kini mereka perlu menanggung kos rawatan mencecah RM30,000 dalam tempoh dua tahun.

Pasangan tersebut, Mohd. Zaki Khuzaini, 34, dan isterinya, Norzuhaila Jasuri, 34, merupakan peniaga secara dalam talian dengan anggaran pendapatan sekitar RM2,000 sebulan dan mempunyai empat anak perempuan berusia empat hingga 12 tahun.

Menurut Norzuhaila, tidak terlintas dalam fikiran dia dan suami akan memohon bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal bagi tujuan perubatan anaknya itu.

Ia memandangkan sebelum ini mereka masih mampu menampung perbelanjaan keluarga melalui jualan udang galah dari Kelantan.

“Segala-galanya berubah apabila anak ketiga kami, Nur ‘Aafiyah Naadhira yang berusia lima tahun disahkan sakit Acute Leukemia pada 7 September lalu ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kami memang tidak mampu, namun demi kesihatan ‘Aafiyah kami terima saranan doktor Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) bagi menjalani rawatan di PPUM dan kami dimaklumkan terdapat Jabatan Kerja Sosial Perubatan bagi membantu kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chembong di sini.

Jelas Norzuhaila, anaknya baharu sahaja menjalani rawatan kemoterapi kali pertama pada minggu lalu dan bil berjumlah RM4,610 masih belum dapat dijelaskan.

“Kini, ‘Aafiyah akan berulang-alik ke PPUM dua kali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Kos rawatan mencecah ratusan ringgit tidak termasuk kos berulang-alik kami ke sana dan sekiranya ditahan di wad, kos juga dijangka meningkat,” katanya.

Norzuhaila berkata, dia kini terpaksa mengehadkan aktiviti ‘Aafiyah terutamanya membabitkan kunjungan orang ramai kerana ‘Aafiyah masih lagi trauma menjalani rawatan di hospital.

“Ikutkan kami juga baharu sahaja mengesan sakit ‘Aafiyah ini selepas ternampak kelenjar di bawah telinganya bengkak pada 31 Ogos lalu. Saya buat ujian darah di klinik swasta dan hasil keputusan menunjukkan terdapat kuman dalam darah, sel darah putih rendah dan sel darah merah tinggi.

“Kami terus kejarkan ‘Aafiyah ke wad kecemasan HTJS dan sejak itu hingga Selasa lalu, Aafiyah ditahan di wad sebelum dipindahkan ke PPUM. Tidak sangka pula ia merupakan petanda ‘Aafiyah sakit kanser darah,” katanya.

Mereka yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya menerusi akaun bank CIMB 7023328852 di atas nama Norzuhaila Jasuri.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya