Kekerapan tren setiap tiga minit di laluan Kelana Jaya

Kekerapan tren setiap tiga minit di laluan Kelana Jaya

ANTHONY Loke meninjau pengoperasian tren-tren baharu di bawah projek KLAV27 di Stesen LRT Universiti di Kuala Lumpur, hari ini. -  UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan anak syarikat Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapil Rail), menyasarkan kekerapan tren laluan Kelana Jaya setiap tiga minit menjelang hujung bulan depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Prasarana dan Rapid Rail memperoleh 27 buah tren baharu dengan kumpulan tren pertama diterima secara berperingkat bermula September 2020.

Katanya, tiga buah tren baharu telah memulakan pengoperasian Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di bawah projek Kuala Lumpur  Additional Vehicle (KLAV27) bernilai RM1.72 bilion.

“Sebanyak 11 buah tren telah diterima setakat ini. Kekerapan perkhidmatan laluan tersebut telah ditambah baik kurang dari empat minit pada waktu puncak. Baki 16 set tren akan diterima secara berperingkat dari bulan September sehingga Disember 2024.

“Penambahan tiga set tren baharu dan pelaksanaan penyelenggaraan Rapid Rail ke atas komponen-komponen kritikal, LRT laluan Kelana Jaya kini beroperasi sebanyak 44 buah tren pada waktu puncak berbanding 38 buah tren sebelum ini,” katanya selepas meninjau pengoperasian tren baharu LRT laluan Kelana Jaya DI Stesen LRT Universiti di Kuala Lumpur,  di sini, hari ini.

Anthony berkata, LRT laluan Kelana Jaya merupakan laluan paling sibuk antara jajaran rel di bawah kendalian Rapid Rail dengan purata 250,000 penumpang sehari.

Menurutnya, laluan tersebut melalui kawasan berkepadatan tinggi di sekitar Lembah Klang termasuk segitiga emas Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik projek yang diumumkan melalui Kajian Separuh Penggal Rancanga Malaysia Ke-12 KSP RMK12 melibatkan Kementerian Pengangkutan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

“Memang kita mengalu-alukan, projek-projek dibawah Kementerian Pengangkutan. Projek penting seperti LRT Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan penjanaan semula Lapangan Terbang Subang antara rancangan yang telah dibincangkan di bawah Kementerian Pengangkutan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya