BALING: Seorang penduduk Kampung Bukit Iboi, di sini tidak menyangka kejadian banjir kelmarin hampir sama dengan kejadian banjir lumpur dan kepala air pada 4 Julai tahun lalu apabila turut menghanyutkan kayu balak hingga ke halaman rumahnya. Mashitah Ahmad, 49, berkata, dia masih dalam keadaan trauma selepas tiba-tiba mendapati sebatang kayu balak bersaiz satu pemeluk orang dewasa itu dihanyutkan air menghampiri kawasan rumahnya. “Ketika itu saya takut sangat kerana bimbang kayu balak itu menghentam dinding rumah. Saya segera meminta suami, Rosni Said, 54, dan dua anak lari keluar dari rumah yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya