Karnival Jom Latih Belia Digital Madani sasar belia dan suri rumah

Karnival Jom Latih Belia Digital Madani sasar belia dan suri rumah

WAN Azizah Wan Ismail (tengah) melawat ruang pameran selepas merasmikan Karnival Jom Latih Belia Digital Madani di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Karnival Jom Latih Belia Digital Madani yang dirasmikan hari ini  bukan sahaja memberi peluang bukan kepada golongan muda, tetapi kepada golongan suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan yang lumayan. 

Karnival itu diadakan berikutan pendapatan orang ramai terjejas khususnya selepas penularan wabak Covid-19.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, karnival ini bertujuan untuk mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik dan memenuhi keperluan industri untuk masa depan. 

“Untuk memperkasakan, karnival ini bukan hanya untuk golongan muda, tetapi golongan wanita terutamanya suri rumah, ia adalah satu pengambilan yang besar bagi saya untuk berada di sini pada hari ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival berkenaan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, agensi-agensi yang terlibat dalam karnival berkenaan bakal mengadakan pelbagai program latihan dan bimbingan.

Selain itu, kata Wan Azizah, kerajaan sentiasa menyokong golongan belia untuk terus meneroka inovasi dan menjadi pencetus idea seiring dengan perkembangan teknologi terkini dan idea-idea lebih progresif yang diperoleh melalui input internet sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Beliau juga berpegang teguh kepada prinsip bahawa memberikan peluang pendidikan dan latihan kepada golongan wanita tidak hanya memperkasakan mereka, tetapi mengukuhkan semangat mereka sebagai aset dalam perkembangan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya