‘PERTENGKARAN yang telah terjadi, menjadi punca berpisah dua hati.’ Saya menutup mata ketika mendengar lirik itu berulang-ulang di hujung fon telinga. Saya membiarkan Siti Nordiana menyudahkan rintihan perpisahan namun ada kemarahan dan dendam yang memberat dalam naratif lagu terbaharunya, Arah Cinta. Kenapa ada yang sanggup bertahan dan rela terluka, walau tahu hubungan mereka tidak akan ke mana? Tanya saya kepada wanita 38 tahun itu di suatu pagi. Penyanyi yang mesra disapa sebagai Nana itu mengambil jeda, menjawabnya dengan berhati-hati. “Orang sukar untuk melepaskan diri dalam satu hubungan yang sudah lama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya