PETALING JAYA: Pakar ekonomi berbeza pendapat berhubung cadangan kerajaan memperkenalkan sistem kad untuk menyalurkan subsidi bersasar kepada golongan yang memerlukannya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, penggunaan sistem kad untuk menyalurkan subsidi bersasar sebenarnya sudah pun disyorkan sejak 12 tahun lalu. Beliau berkata, sistem itu merupakan kaedah terbaik untuk dilaksanakan, namun tidak dapat direalisasikan kerana harganya terlalu mahal pada ketika itu. “Cumanya, bagi melaksanakan subsidi bersasar untuk petrol dan diesel, ia agak sensitif kerana bahan api tersebut digunakan oleh semua jenis kenderaan. “Jika kenderaan berkenaan digunakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya