Kabinet perlu dirombak seluruhnya - Dr. Mahathir

Kabinet perlu dirombak seluruhnya – Dr. Mahathir

DR. Mahathir Mohamad ketika berucap pada siri ketiga Minggu Negarawan (Perlembagaan) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Seluruh Kabinet mesti dirombak.” Itu tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Menurutnya, barisan Kabinet yang baharu perlu menunjukkan kebolehan untuk mentadbir kerajaan dengan baik.

Ditanya sama ada wujud menteri-menteri ketika ini yang boleh mentadbir dengan baik, Dr. Mahathir bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak berani cakap,” jawabnya ringkas ketika ditemui selepas selesai menghadiri siri ketiga Minggu Negarawan (Perlembagaan) yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ketika dalam sesi soal jawab dalam program sama, Dr. Mahathir berpendapat, barisan Kabinet sedia ada dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini tidak begitu ‘hebat’.

“Kita dapati Kabinet yang ada hari ni nampak seolah-olah tidak tahu mentadbir negara dan jauh sekali nak bangunkan negara,” katanya.

Menjawab pertanyaan audien mengenai ura-ura Anwar mahu melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr. Mahathir berkata, Anwar sepatutnya tidak melantik Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri pun.

“Anwar tidak boleh terima Ahmad Zahid sebagai ahli Kabinet pun dan jauh sekali untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Itu menafikan hak rakyat untuk melihat orang yang ‘bersih’ (bebas rasuah) menjadi kerajaan dan adalah jelas bahawa Ahmad Zahid bukan orang yang bersih,” katanya.

Ketika ini, spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan semakin bertiup kencang dengan Anwar dijangka melakukannya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober depan.

Rombakan Kabinet juga perlu dibuat segera bagi mengisi kekosongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Turut bertiup kencang kononnya Ahmad Zahid akan dilantik semula sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya