JPKK ganti MPKK: Negeri Sembilan lantik semula jawatankuasa

JPKK ganti MPKK: Negeri Sembilan lantik semula jawatankuasa

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan melakukan lantikan semula pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasanya bagi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) selepas ia dijenamakan semula bagi menggantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya berharap urusan lantikan tersebut diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 Oktober ini.

“Penjenamaan semula MPKK kepada JPKK adalah selaras dengan keputusan Kabinet pada 12 Julai lalu.

“Insya-Allah urusan untuk melantik semula pengerusi, setiausaha dan jawatankuasa baharu akan diselesaikan menjelang 30 Oktober. Kami telah bincang dan bersetuju untuk sama-sama pastikan watikah pelantikan disampaikan selewat-lewatnya 30 Oktober.

“Saya harap dengan adanya penjenamaan baharu ini, Negeri Sembilan dapat dipimpin oleh Kerajaan Perpaduan termasuk kepemimpinan di peringkat akar umbi bagi memastikan agenda kerajaan dapat disampaikan kepada masyarakat keseluruhannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini.

Aminuddin sementara itu memberitahu, kerajaan negeri amat mengalu-alukan sekiranya terdapat rancangan untuk membina semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang sebelum ini dibatalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN