GEORGE TOWN: Situasi jerebu di seluruh negeri ini pagi ini semakin buruk dengan jarak penglihatan yang semakin menurun berbanding semalam.
Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat stesen cerapan indeks pencemaran udara (IPU) di negeri ini merekodkan bacaan sederhana dengan Seberang Jaya mencatatkan bacaan paling tinggi dan menghampiri kualiti udara tidak sihat iaitu 93 setakat pukul 9 pagi ini.
Sementara itu, tiga lagi stesen IPU di negeri ini turut mencatatkan tahap kualiti udara sederhana termasuk di stesen Seberang Perai (90); Minden (83) dan Balik Pulau (80).
IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ancaman jerebu tahun ini dijangka lebih buruk berikutan kebakaran tanah dan hutan kembali dengan ketara di Sumatera Selatan serta sembilan wilayah lain di Indonesia.
Namun tahun ini, kebakaran tanah dan hutan kembali dengan ketara di Sumatera Selatan serta sembilan wilayah lain di Indonesia. –UTUSAN