JER: Jualan beras murah diteruskan hingga bekalan stabil - Utusan Malaysia

JER: Jualan beras murah diteruskan hingga bekalan stabil

IZHAM HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Beras putih tempatan yang disubsidikan oleh kerajaan negeri akan terus dijual menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tujuh lokasi di Selangor sehingga bekalannya benar-benar pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, dalam usaha memastikan kestabilan, bekalan beras di negeri ini turut ditampung oleh sumber import dari negara seperti Thailand dan Vietnam melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Beras import tersebut kita jual dengan harga siling BPT, lima kilogram (kg) pada harga berbanding RM17 bagi manfaat rakyat Selangor.

“Kita turut menjual beras tersebut menerusi JER yang dijalankan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) di empat gerai PKPS serta tiga lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga Disember ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Pemukiman Banci Pertanian 2024 Bersama Agensi Peringkat Negeri Selangor, hari ini.

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, penduduk di Selangor boleh membeli beras serendah RM13 di tujuh lokasi iaitu gerai Wisma PKPS, Seksyen 14; gerai Ehsan PKPS, Seksyen 9;Meru; Kiosk Ehsan, Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya dan tiga lori jualan bergerak di seluruh negeri.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Izham memaklumkan lebih 60,000 petani dijangka ditemui 250 petugas bancian daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) dalam Bancian Pertanian 2024 Peringkat Negeri Selangor.

Beliau menjelaskan, bancian tersebut penting untuk menangani isu keterjaminan makanan dengan lebih berkesan pada masa akan datang berdasarkan data yang dikemas kini.

“Tanpa maklumat terkini sukar untuk kita merancang apa tindakan-tindakan susulan dalam memastikan isu keterjaminan makanan diatasi dengan sebaiknya.

“Jadi proses selepas ini, bagaimana hendak memastikan data-data ini sentiasa dikemaskini. Kalau tidak kita akan terus main agak-agak dan membuat andaian (dalam merancang sesuatu),”katanya.

Katanya lagi, bancian pertanian tersebut akan bermula pada Julai hingga September tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya