Jangan gopoh had jual beras tempatan kepada warga asing

Jangan gopoh had jual beras tempatan kepada warga asing

MOHAMAD Sabu melawat ruang pameran selepas merasmikan Persidangan MANCID di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak diingatkan tidak terlalu gopoh dalam mengeluarkan kenyataan atau mendesak supaya kerajaan mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana hal tersebut berkait dengan soal kemanusiaan dan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

“Kita tahu warga asing yang datang ke sini (Malaysia) antaranya kita yang panggil mereka (untuk bekerja) terutama sekali dalam sektor yang memerlukan tenaga seperti perladangan, pembinaan dan pengawal keselamatan.

“Bagi saya ia soal kemanusiaan, mereka perlu makan dan pertimbangan ini perlu. Dalam suasana begini, jangan kita gopoh sebab kalau pekerja kita (sendiri) berada di luar negara dan mereka tidak boleh dapat beras yang murah untuk makan, kita akan terasa.

“Jadi ini soal hak kemanusiaan, saya rasa perlu mereka terus diberi izin untuk membeli beras di Malaysia ini termasuk beras tempatan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Persidangan Tahunan Ke-25 Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (MANCO) di sini hari ini.

Pada Jumaat media melaporkan, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh kekal mendesak kerajaan supaya mengehadkan jualan beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berlainan, Mohamad berkata, KPKM akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian prosedur operasi standard (SOP) pemberian lesen borong kepada pengusaha restoran untuk membolehkan mereka membeli beras putih import (BPI) pada harga borong.

“Pihak padi dan beras (Pejabat Kawalselia Padi dan Beras) akan berjumpa terus dan berdialog dengan mereka, supaya mereka dapat memahami pengusaha restoran dan sebagainya.

“Mereka (akan) diberi harga borong untuk dapatkan beras import itu supaya mereka tidak tertumpu kepada beras tempatan untuk jualan makanan di restoran,”

Semalam media melaporkan, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) meminta kerajaan memperincikan segera SOP berhubung lesen borong yang boleh diberikan kepada pengusaha restoran susulan kesukaran mendapatkan beras putih tempatan (BPT), menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada BPI.

Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, ini kali pertama KPKM memperkenalkan inisiatif itu kepada pengusaha restoran dan pihaknya sedia memohon lesen ditawarkan itu demi kelangsungan perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya