Jalan Sumpitan-Lenggong ditutup akibat tanah runtuh - Utusan Malaysia

Jalan Sumpitan-Lenggong ditutup akibat tanah runtuh

KEADAAN tanah runtuh di Jalan Sumpitan-Lenggong menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Jalan Sumpitan, Selama di sini ke Lenggong ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di Kilometer 32.8 di laluan tersebut.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Mohd Sabri Saad berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 petang berikutan hutan berterusan dan runtuhan melibatkan tebing bukit pada bahagian kiri di laluan itu menghala ke Lenggong.

“Pemantauan polis mendapati runtuhan tanah menutup permukaan jalan sehingga tidak boleh dilalui kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah awal diambil polis bersama Syarikat Empayar Indera dengan meletakkan kon di Simpang Tiga Jalan Sumpitan.

Katanya, pihak polis melakukan pemantauan pada pukul 5 petang tadi dan kerja-kerja pembersihkan runtuhan sedang giat dilakukan pihak kontraktor dari syarikat tersebut.

“Menurut maklumat, pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Larut Matang Selama melakukan penutupan penuh di laluan itu mulai hari ini hingga 3 Oktober ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya