Jadikan episod ngeri bersama Muda sebagai pengajaran

Jadikan episod ngeri bersama Muda sebagai pengajaran -Pemuda Amanah

Fadhli Umar Aminolhuda
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) perlu menjadikan episod kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai pengajaran masa depan.

Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abd. Rahman perlu dikenakan tindakan atas pelbagai tindakan mereka yang mengkritik kerajaan.

“Kepemimpinan tertinggi PH perlu lebih tegas dalam membuat sebarang keputusan berhubung melepaskan mana-mana kerusi khususnya yang dimiliki Amanah kepada mana-mana parti lain, lebih lagi parti yang baru berusia setahun jagung.

“Semoga episod ngeri bersama sebuah parti yang lupa daratan dan menunggang anak muda ini menjadi pengajaran penting buat kita semua khususnya dalam Amanah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Semalam, Syed Saddiq memaklumkan Muda akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga, sekali gus menarik sokongan mereka terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Muar itu dilaporkan berkata, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat yang telah disampaikan, semalam.

Sementara itu, mengulas berhubung kemenangan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Fadhli Umar memberitahu keputusan itu membuktikan rakyat Johor tolak politik pecah belah.

“Ini signal jelas bahawa Bangsa Johor sememangnya menolak sebarang bentuk usaha perpecahan dan sentimen perkauman yang sering dimainkan oleh pihak lawan iaitu PN (Perikatan Nasional).

“Ini termasuklah tindakan menunggang agama dengan sewenangnya sehingga boleh mengeluarkan fatwa yang menyesatkan,” jelasnya lanjut.

PRK Parlimen Pulai yang berakhir semalam menyaksikan calon PH, Suhaizan Kayat memenangi kerusi itu dengan 48,283 undi, menewaskan calon PN, Zulkifli Jaafar dengan 29,642 undi manakala calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi pula menerima 528 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya