Sarawak kaji tukar nama Jabatan Pertanian Sarawak

Jabatan Pertanian Sarawak tukar nama Jabatan Industri Makanan

: ABANG Johari Tun Openg (dua dari kanan) melancarkan simbolik perasmian Persidangan Antarabangsa Pertama Bioteknologi, Perladangan Pintar dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BioSFE 2023) di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak sedang mengkaji kemungkinan menukar nama Jabatan Pertanian Sarawak kepada Jabatan Industri Makanan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pertimbangan itu sejajar dengan industri pertanian yang kekal relevan ketika ini.

“Kini, kita ada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD). Tetapi, pada pandangan peribadi saya, kita perlu meneroka perkara ini (menamakan Jabatan Pertanian).

“Ini kerana kadangkala wujud pemikiran bahawa pertanian adalah budaya ladang.

“Justeru, kita mahu berubah sedikit supaya dapat melahirkan pengurus ladang yang lebih baik dalam bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pertama Bioteknologi, Perladangan Pintar dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BioSFE 2023) di Kuching hari ini.

Tambah Abang Johari keperluan ini bagi mengubah minda bagaimana aktiviti pertanian berfungsi dalam era moden ini terutamanya dengan penerimaan dan penggunaan teknologi moden.

“Kita perlu mengubah minda pemikiran terhadap bidang pertanian sara diri tradisional, di mana petani dilihat hanyalah sebagai pilihan untuk menyara kehidupan petani dan keluarga, sebaliknya kita mahukan transformasi pemikiran aktiviti pertanian ini kepada aktivit korporat pertanian.

“Pengekalan kepada bertani secara tradisional masih boleh dikekalkan, tetapi pada masa yang sama ada keperluan untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan perubahan semasa terutamanya mengadaptasikan penggunaan teknologi,” tegasnya.

Bagaimanapun ketika ditanya bila penamaan semula jabatan itu akan dilaksanakan, Abang Johari berkata satu perbincangan akan diadakan bersama dengan MFICORD.

“Kita akan berbincang dan meneliti bila masa yang sesuai untuk menukar nama jabatan itu kepada Jabatan Industri Makanan,” jelas Abang Johari.

Sementara itu, Menteri MFICORD Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata sektor pertanian di Sarawak perlu lebih menarik dalam usaha berperanan mendorong anak muda menceburi bidang tersebut.

“Pemikiran sesorang individu perlu diubah iaitu melihat sektor pertanian tidak lagi bersifat sekadar untuk menyara kehidupan atau meneruskan tradisi semata-mata, sebaliknya kehadapan menjadikan pertanian sebagai perniagaan serta membantu dalam memperkukuhkan aspek keselamatan makanan negara.

“Cabaran utama yang dihadapi kementerian adalah untuk meyakinkan generasi muda untuk menceburi industri pengeluaran makanan menggunakan teknologi moden dan internet of things (IoT).

“Untuk menarik minat golongan muda, memandangkan sektor pertanian bukanlah sesuatu yang tertarik, kita perlu mengembangkan minat mereka dan mencipta sesuatu yang baharu,” tegas Rundi.

Dalam pada masa yang sama beliau berkata kerajaan Sarawak komited meningkatkan pendapatan petani dan serta nelayan di negeri ini.

“Pelbagai usaha telah dilakukan agar pemain industri pertanian terus menjalinkan kerjasama dan interaksi dengan negara teknologi pakar seperti di Thailand, Taiwan, Vietnam yang ke hadapan dalam mewujudkan ekosistem pengeluaran makanan yang lengkap dengan menerima teknologi terkini.

“Adalah penting bagi kerajaan Sarawak untuk membangunkan rantaian bekalan makanan yang lengkap, meliputi kedua-dua aktiviti huluan dan hiliran, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk menyokong komuniti petani dan meningkatkan pendapatan mereka,” katanya lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya