Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak selesai isu pengabaian, penderaan

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak selesai isu pengabaian, penderaan

pru15
NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang berkuat kuasa bermula 1 September lalu disifatkan sebagai solusi terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin membimbangkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada masa sama, jabatan juga meluluskan pelantikan sebanyak 169 perjawatan kontrak daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred bagi tahun ini.

Katanya, kelulusan itu bagi memperkukuhkan struktur di peringkat ibu pejabat dan seterusnya di daerah serta jajahan.

“Ini bagi memastikan kecekapan dan perkhidmatan yang efektif serta profesional dapat diberikan demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.

“Jabatan itu diyakini berupaya memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat khususnya kanak-kanak berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nancy berkata, usaha menggerakkan komuniti yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak serta pembantu pelindung juga akan ditingkatkan di semua 105 daerah.

“Kementerian juga menyeru masyarakat untuk terus cakna dalam melindungi kanak-kanak dan laporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak di Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-261 5999 yang beroperasi selama 24 jam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya