Isu 3R: Polis tidak dicucuk hidung orang politik

Isu 3R: Polis tidak dicucuk hidung orang politik

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak termasuk pemimpin politik.

Ini sekali gus menafikan tanggapan polis dicucuk hidung ahli politik tertentu berhubung siasatan 3R ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, bukan ahli politik sahaja yang akan dituduh, tetapi orang awam yang menyentuh isu 3R juga akan disiasat.

“Kita akan ambil tindakan tanpa rasa takut atau pilih kasih kepada sesiapa yang sentuh isu 3R.

“Sebagai contoh, kes fitnah melibatkan Menteri Besar Kedah. Kita tahan suspek yang merupakan orang awam pada tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Simposium Forensik Kebangsaan ke-4 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut,  Razarudin berkata, mana-mana kerajaan termasuk kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bertegas berkaitan isu 3R.

Kata beliau, kerajaan sebelum ini juga mengeluarkan larangan berkaitan 3R.

“Kita pernah dengar Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan bercakap tentang ini. Maknanya, mana-mana kerajaan yang memerintah, kita tidak mahu 3R dimainkan dan menjadi kacau bilau dalam negara. 

“Bukan kita kena paksa, kena arah. Terutamanya saya cakap institusi diraja jangan diperkecilkan, difitnah, dihina khusus sembilan raja-raja Melayu,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya