'Isteri pertama, kedua berpakat carikan nombor tiga'

‘Isteri pertama, kedua berpakat carikan nombor tiga’

ABD. RASHID bergambar bersama isteri pertama dan isteri kedua serta 10 anak mereka.-FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKIRANYA berpegang dengan syariat dan sunnah Rasulullah SAW, niat asal berpoligami sudah pasti diberkati dan segala urusan hidup termasuk ekonomi rumah tangga berjalan lancar.

Demikian ditegaskan Abd Rashid Zainal, 48, yang mengamalkan kehidupan berpoligami sejak 17 tahun lalu.

Kongsinya, hasrat berpoligami disuarakan isteri pertamanya, Sumaiyah Sulaiman, 49, selepas lapan tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Asalnya bergurau dengan isteri pertama sebab melihat contoh kawan yang bahagia dengan poligami.

“Rupanya tanpa disangka isteri pertama positif dan beliau mencarikan kawan baiknya yang belum berkahwin untuk dijadikan calon madu,” katanya berkongsi kisah kepada Seri.

Abd Rashid yang bertugas sebagai guru menjelaskan soal perkahwinan dan poligami adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah SWT.

“Kalau diikutkan isteri-isteri saya mahu carikan saya isteri ketiga.

“Walaupun mereka berdua saling bersetuju, namun selagi belum jodoh, tetap tak akan berlaku perkahwinan tersebut,” katanya.

Hasil perkahwinan pertama, Abd. Rashid dikurniakan sembilan anak, manakala, seorang anak bersama isteri kedua, Siti Nor Jaffar, 49, selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Keluarga besar ini tinggal sebumbung dengan mengasingkan bilik tidur di tingkat satu dan dua.

Rutin harian lain seperti memasak di dapur, makan dan menunaikan solat tetap dilakukan bersama-sama.

“Dalam rumah tangga, mesti ada perbincangan lebih-lebih lagi tentang tempat tinggal. Bab ini memang sensitif bagi wanita untuk tinggal serumah.  Asalnya, kami duduk berasingan. Isteri kedua di Johor, saya di Klang bersama isteri pertama.

“Kemudian, kami semua berhijrah ke Kajang dan tinggal di rumah tiga tingkat yang lebih selesa. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak sangat serasi duduk serumah,” katanya.

Beliau bersyukur kerana dikurniakan dua ‘ustazah’ yang saling memahami serta mengambil berat antara satu sama lain.

Begitupun beliau tidak menafikan pernah timbul situasi cemburu, tetapi dapat diselesaikan dengan baik.

“Sekarang sudah sampai tahap mereka sehati sejiwa. Hubungan mereka pun sudah macam adik-beradik. Tahap kebersamaan itu tinggi. Susah senang dan gembira sentiasa bersama. Kalau seorang ditimpa musibah, yang seorang lagi akan turut bersedih hati.

“Kebetulan anak kesembilan dan ke-10 lahir pada tahun sama. Kalau beli baju, baik isteri pertama atau kedua, mesti belikan baju untuk kedua-dua anak sekali,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya