Istana lama perlu dipulihara, jadi tarikan pelancongan - Utusan Malaysia

Istana lama perlu dipulihara, jadi tarikan pelancongan

KEADAAN bekas Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan yang terbiar dan belum ada perancangan untuk membangunkannya semula. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Selain Menara Teluk Condong, Istana Raja Muda Perak di Jalan Syed Abu Bakar di sini sepatutnya menjadi tarikan pelancong.

Namun tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak dan merupakan salah satu wa­risan kesultanan Perak itu terus dalam keadaan terbiar selepas kerajaan negeri membatalkan penjualannya untuk projek komersial.

Bahagian dalam istana lama itu semak malah ditumbuhi pokok besar selain pagarnya juga dikunci.

Pada Februari tahun lalu, kerajaan negeri membatalkan tender penjualan tapak bekas istana itu ekoran bantahan ramai pihak.

Sejak itu, tiada usaha membaik pulih istana tersebut khususnya untuk pelancongan.

Seorang pelancong yang mahu dikenali Wan Dauh, 56, dari Baling, Kedah berkata, dia memang berhasrat untuk melawat bangunan istana itu namun kecewa melihat keadaannya yang terbiar.

Katanya, keadaan istana ini amat menyedihkan kerana ia ditinggalkan dan semakin dimamah usia.

“Saya peminat sejarah dan apabila tahu di sini ada bangunan istana lama saya ke istana itu namun kecewa melihat keadaannya yang tidak dijaga.

“Kecewa kerana tak dapat masuk untuk melihat keadaan istana ini dari dekat,” katanya yang bercuti bersama isteri di sini sempena Hari Kebangsaan.

Menurutnya, istana itu perlu dibaik pulih dan dipulihara supaya pelancong lebih banyak pilihan apabila melawat bandar ini dan tidak hanya terhad melawat Menara Condong sahaja.

“Lebih penting, bangunan ini perlu dibaik pulih sebagai mengenang warisan sejarah kesultanan Perak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya