Intipati KSP RMK12

Intipati KSP RMK12

ANWAR Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 anjakan besar antara intipati Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Langkah itu bertujuan memangkin pembangunan sosioekonomi melalui tiga fokus utama iaitu memperkukuh kemampanan, membangunan sejahtera dan mencapai berpendapatan tinggi.

Berikut antara intipati KSP RMK12:

1. Anjakan baharu termasuk tumpuan khusus kepada:

* Menoktahkan kemiskinan tegar: RM1.5 bilion untuk program meningkatkan pendapatan.

* Reformasi Struktur Ekonomi kepada bidang seperti Industri Peralihan Tenaga, Industri Digital, E&E bernilai tinggi (seperti Infineon), Keterjaminan Makanan, Industri Nadir Bumi.

* Menerajui Ekonomi Islam dengan tumpuan kepada halal dan toyyiban serta inovasi Kewangan Islam selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dan keadilan.

* Tumpuan kepada eksport perkhidmatan seperti perkhidmatan global, industri kreatif, aeroangkasa, pelancongan.

 

2. Kerajaan Perpaduan komited merancakkan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat. Dalam RMK-12 KSP, Kerajaan Perpaduan menaikkan siling RMK-12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion. 

3. Keutamaan perbelanjaan Kerajaan Perpaduan adalah kepada infrastrukturasas untuk rakyat, termasuk:

* Kesihatan: Sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf antara tahun 2023 dan 2025, serta menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah 2, Johor dengan kos RM500 juta untuk menangani kesesakan.

* Pendidikan: komitmen untuk membaik pulih sekolah daif.

* Rangkaian Jalan: Sarawak-Sabah Link Road II, Pan Borneo Sabah.

* Pengangkutan: pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Pembangunan semula Subang; Pembangunan Pelabuhan Baharu di Pulau Carey (Klang, Selangor).

* Tenaga: menambah baik daya harap bekalan elektrik di Sabah.

* Bekalan Air: menangani masalah bekalan air, terutamanya Kelantan dan Sabah.

* Keterjaminan Makanan: infrastruktur kawasan sawah di MADA, Kedah RM3 bilion.

* Tebatan Banjir: komitmen pelaksanaan projek tebatan banjir.

* Keselamatan Sempadan: Pembangunan pengkalan tentera laut di Bintulu, perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai dan Littoral Mission Shipuntuk memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

4. Anjakan Baharu dan perancangan perbelanjaan KSP RMK-12 disokong oleh Pembaharuan Kemampanan, Tatakelola dan Sistem Penyampaian Kerajaan.

Pembaharuan institusi dan tatakelola termasuk:

* Pembaharuan tatakelola menumpukan kepada Perundangan Berkaitan Rasuah, Perolehan Kerajaan berlandaskan saingan atau tender terbuka.

* Pembaharuan Kemampanan Fiskal – sasaran defisit fisKal 3.5% KDNK atau lebih baik pada tahun 2025.

* Inovasi sistem penyampaian awam supaya menyegerakan pelaksanaan projek Pembangunan, menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

* Pendigitalan perkhidmatan yang didukung oleh Identiti Digital Nasional (IDN) dan Kerajaan Berteknologi Termaju (GovTech). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya