PETALING JAYA: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dijangka bertambah baik tahun depan selepas beberapa inisiatif baharu seperti pengenalan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dan kaedah Perjanjian Penanguhan Pendakwaan (DPA) dilaksanakan kerajaan. Pada masa kini, Malaysia berada di kedudukan ke-61 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 diperoleh pada tahun 2021. Skor Malaysia jatuh satu mata iaitu daripada 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022. Jumlah skor tersebut merosot berbanding 53 mata yang dicatatkan pada tahun 2019 iaitu tertinggi dalam tempoh 11 tahun sejak 2012. Skor 53…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya