IKK anjur SAABM 2023, angkat martabat bahasa Melayu

IKK anjur SAABM 2023, angkat martabat bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) bakal menganjurkan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023 pada 25 hingga 26 September ini di Hotel Le Quadri, Kuala Lumpur.

Pinjaman
ISMAIL SABRI YAAKOB

Pengerusi SAABM 2023, Kamarazaman Yacob berkata, ia akan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana beliau turut mendeklamasikan puisi pada Malam Gema Puisi 2023 yang diadakan bersempena simposium tersebut.

Katanya, SAABM 2023 adalah aspirasi daripada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu 2022 yang diadakan pada Mei lalu.

“Matlamat utama simposium ini adalah menyahut kenyataan yang mahukan bahasa Melayu dimartabatkan dalam negara dan diperluas penggunaannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa di samping memperkasa sosial budaya.

“SAABM juga berupaya menjadi medium dan pentas kepada para pejuang bahasa Melayu untuk menyuarakan pandangan dan idea untuk menyebarluaskan semangat perjuangan bahasa Melayu sama ada di dalam negara atau sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam  satu kenyataan, hari ini.

Kamarazaman berkata, program simposium tersebut akan melibatkan satu ucap tama, empat sidang, satu forum dan penyediaan resolusi yang membabitkan pembentangan kertas kerja oleh tokoh dari Malaysia, ASEAN dan antarabangsa.

“Alhamdulillah, kita berjaya menarik beberapa tokoh pejuang bahasa untuk menjadi panel dan moderator bagi sidang dan forum seperti penerima Anugerah SEA Write 2011, Syed Mohd. Zakir Syed Othman dan aktivis sosial serta penulis, Hishamuddin Rais.

Katanya, penganjuran SAABM 2023 adalah selari dengan penubuhan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Pengajian Melayu dan Ketamadunan) pada 28 Ogos lalu oleh TGBC.

Untuk rekod, TGBC dan RMUTT berfungsi sebagai hab pendidikan untuk meluaskan jaringan Pengajian Melayu dan ketamadunan di Thailand. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya