Ibu Fahrin Ahmad meninggal dunia

Ibu Fahrin Ahmad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada pengacara, Fahrin Ahmad disahkan menghembuskan nafas yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada pukul 10.06 pagi tadi.

Berita duka itu dikongsiksan sendiri Fahrin menerusi akaun rasmi Instagramnya dan memaklumkan pengurusan jenazah turut disempurnakan oleh pihak IJN.

“Bonda saya Alhmarhumah Merbyah Akhwan disahkan meninggal 10.06 pagi tadi di IJN.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Kajang.” tulisnya.

Sebelum ini, sekitar jam 8:45 pagi, Fahrin ada berkongsi sebuah gambarnya memegang tangan ibunya dan meminta orang ramai mendoakan urusan ibunya dipermudahkan.

Bukan itu sahaja, Fahrin turut berdoa agar dosa ibunya diampunkan dunia dan akhirat.

Turut sama berduka atas pemergian itu ialah rakan-rakan artis yang lain dan menitipkan doa buat Fahrin di ruangan komen.

“Takziah buat keluarga, kami doakan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah,” tulis pelakon Sharifah Shahirah.

“Salam takziah buat Fahrin sekeluarga,” kata Wan Sharmila.

“Salam takziah sahabatku dan keluarga,” kata Bob Yusof.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya