Hospital Pakar KPJ Puteri ambil inisiatif tingkat pengalaman pesakit

Hospital Pakar KPJ Puteri ambil inisiatif tingkat pengalaman pesakit

WATAK daripada anime popular seperti Demon Slayer dan Genshin Impact dibawakan khas untuk menceriakan pesakit khususnya kanak-kanak di Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebagai usaha memberi yang terbaik kepada pelanggannya, Hospital Pakar KPJ Puteri, di sini mengambil inisiatif menawar khidmat tambahan selain daripada rawatan perubatan semata-mata.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazarul Azly Hamzah berkata, perkhidmatan tambahan tersebut disediakan pihaknya menerusi program dinamakan Hari Pilihan Pelanggan.

Menurut beliau, usaha itu dibuat bagi memastikan setiap pesakit merasai pengalaman memuaskan ketika menerima rawatan, termasuk buat penjaga mereka.

“Khidmat tambahan ini beri keutamaan kepada keperluan pesakit dalam aspek penjagaan kesihatan mereka. Matlamat kami adalah meningkatkan pengalaman pesakit dengan menyumbang kepada tahap pemulihan kesihatan yang lebih kondusif. 

“Ini termasuklah penyediaan perkhidmatan seperti gunting rambut, urutan, rawatan kuku kaki dan tangan, lukisan serta pemakaian kostum lada setiap hujung minggu,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, program tersebut telah dimulakan sejak bulan lalu dan ia mendapat sambutan luar biasa daripada pesakit dan waris-waris mereka.

Seorang waris kepada pesakit, Aliff Fahmi Yusof memberitahu dia terkejut namun teruja apabila mendapat tahu terdapat ‘cosplay’ daripada watak anime popular seperti ‘Demon Slayer’ dan “Genshin Impact’ datang melawat anaknya di hospital itu.

“Sudah 15 hari anak saya Nor Alana Naaila, 6, mendapatkan rawatan di hospital ini. Dengan kehadiran watak-watak anime popular ini, ia secara tidak langsung turut bawa kegembiraan kepada dia.

“Ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hari-hari kami yang berkemungkinan duduk di hospital ini selama dua minggu,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pesakit, Tan Vi Enn, 6, pula memberitahu, dia gembira kerana watak-watak anime popular itu datang ‘melawatnya’ yang sedang mendapat rawatan di hospital berkenaan.

“Saya sangat gembira. Saya suka melihat anime itu, mujurlah bukan badut yang datang,” katanya ringkas. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya