PETALING JAYA: Himpunan Aman Selamatkan Malaysia dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini di Kampung Baru, dekat sini.
Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia dalam kenyataan berkata, himpunan itu dibentuk dengan menggabungkan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan.
“Ia dibentuk bagi mengembalikan semula integriti dan maruah negara yang tercalar akibat pengguguran kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Sehubungan itu, sekretariat itu mengajak orang ramai berhimpun bermula dengan solat zohor di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, himpunan itu turut dihadiri oleh pimpinan utama parti politik dan NGO akan bermula sejurus selepas itu.-UTUSAN