Hari mengundi DUN Jepak 4 November

Hari mengundi DUN Jepak 4 November

AZMI Sharom menunjukkan peta kawasan DUN Jepak selepas sidang akhbar khas bagi pelaksanaan PRK DUN itu, di SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada 4 November depan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula 21 Oktober ini, manakala undi awal ditetapkan pada 31 Oktober 2023.

“Sejumlah 22,804 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK DUN Jepak di sini hari ini.

Kerusi DUN Jepak, diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya.

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada 2009, beliau dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak dan pernah menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya