Harga beras import mungkin naik? - Utusan Malaysia

Harga beras import mungkin naik?

LIM Hong Ong menunjukkan beras import di presmisnya di Teluk Intan. -UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang pemborong beras di sini mendakwa kemungkinan harga beras import akan naik bulan depan antaranya akibat kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$).

Lim Hong Ong men­dakwa, sudah ada cadangan oleh syarikat pengeluar beras untuk menaikkan harga beras import dijangka bulan depan.

“Antara punca adalah keadaan cuaca, nilai ringgit kita dan India sudah menghentikan eksport beras.

“Beras import terus menguasai pasaran di kedai di daerah ini ketika beras tempatan terus sukar diperoleh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, harga beras tempatan bagi kampit lima kilogram (kg) pada harga RM13 manakala kampit 10kg adalah RM26. Bagi beras import pula, kampit 5kg berharga RM18 hingga RM19 manakala kampit 10kg berharga antara RM36 hingga RM38.

“Harga beras tempatan kekal kerana ia harga subsidi. Berdasarkan perbandingan harga beras tempatan dan import, memang berbeza,” katanya.

Jelasnya, harga beras tempatan wajar di­selaraskan bagi mengatasi kekurangan beras di pasaran ketika ini.

Katanya, keuntungan yang terlalu sedikit boleh menyebabkan segelintir peniaga beras, pemborong dan juga peniaga runcit mengurangkan jualan beras tempatan.

Katanya, jika tiada penyelarasan, ini boleh mengakibatkan kekura­ngan pasaran yang teruk.

“Justeru saya berpendapat penyelarasan harga beras tempatan merupakan penyelesaian kepada masalah kekura­ngan beras tempatan yang berlaku ketika ini menyebabkan ia sukar didapati di pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya