Hak penganjur gugur nama penceramah - Jakim

Hak penganjur gugur nama penceramah – Jakim

NAMA Norhafizah digantikan dengan tokoh lain pada Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang dijadualkan pada 24 September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, nama penceramah bebas, Datuk Dr. Norhafizah Musa di dalam program Muslimah Putrajaya Berselawat digugurkan susulan terdapat aduan daripada pihak yang mempertikaikan penglibatan penceramah bebas itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata,  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) selaku rakan kerjasama telah mengadakan perbincangan bersama penganjur utama program dan kesepakatan dipersetujui agar langkah tersebut diambil bagi mengelakkan isu berbangkit timbul.

“Maka nama Norhafizah telah digantikan dengan tokoh lain,” katanya dalam kenyataan hari ini..

Penyertaan Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang dijadualkan pada Ahad ini dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama MTMZA.

Terdahulu, tular isu berkenaan kenyataan Norhafizah yang mendakwa namanya digugurkan dari program tersebut atas arahan pihak atasan.

Pada masa sama, beliau berharap ketiadaannya pada program itu tidak menjadi persoalan kepada pengunjung yang sudah membeli tiket.

“Makluman. Ustazah digugurkan atas arahan pihak atasan dari menyampaikan kuliah di program mengajak Muslimah Berselawat dan Mencintai Rasulullah SAW ini.

“Jadi, harap tidak timbul nanti, kenapa dah bayar tiket, tengok2 @ustazahnorhafizahmusa takde. Bagi ustazah, ada yg lebih atas dari segala yg atas. Dah banyak kali berlaku, ustazah diamkan saja sebab sangat yakin: panahan doa lebih tajam dan tak pernah salah alamat,” tulis beliau menerusi hantaran Facebooknya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya