Hajiji lancar pelan induk , hala tuju tenaga Sabah 2040

Hajiji lancar pelan induk , hala tuju tenaga Sabah 2040

HAJIJI Noor mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif ST Sabah, Datuk Ir Abdul Nasser Wahid (dua kiri) sempena pelancaran SE-RAMP 2040 di Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Industri tenaga Sabah dijangka lebih mampan pada masa akan datang dengan adanya Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dilancarkan hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelan induk itu akan membolehkan Sabah mempunyai bekalan tenaga yang berdaya harap dengan askes yang saksama serta liputan menyeluruh pada harga yang mampu milik.

Beliau berkata, ia selaras dengan aspirasi kerajaan untuk terus menyediakan bekalan elektrik kepada rakyat memastikan kemampanan untuk masa depan Sabah.

Katanya, SE-RAMP 2040 yang digubal oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) Sabah itu merangkumi pelbagai strategi dan inisiatif untuk mengimbangi keperluan tenaga bagi memastikan ia terjamin, mampu milik dan lestari.

“Kita tahu dan sedar bahawa isu bekalan elektrik di Sabah telah membelenggu rakyat sejak sekian lama. Justeru, kerajaan komited untuk menangani isu yang diwarisi ini dan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya.

“Tambahan pula, dengan dasar mesra pelabur Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), keperluan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air kekal menjadi keutamaan.

“Pelan ini sudah tentu akan membuka jalan kepada kami untuk meningkatkan bekalan elektrik untuk keperluan industri. Saya juga mahu ST Sabah melaksanakan mandat ini ke tahap terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri,” katanya semasa pelancaran SE-RAMP 2040, hari ini.

Menurut Hajiji, di bawah pelan berkenaan, Majlis Tenaga Sabah akan ditubuhkan dan dipengerusikan olehnya bagi memantau, menyokong dan memberi panduan ke atas pelaksanaan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang dirancang.

“Ia juga bagi melengkapkan Dasar Tenaga Negara yang dilancarkan tahun lalu dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara 2050 (NETR – National Energy Transition Roadmap) yang dilancarkan pada Ogos lalu,” katanya.

Beliau berkata, penubuhan ST Sabah melalui Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Enakmen Bekalan Gas 2023 berikutan penyerahan kuasa kawal selia pembekalan gas dan juga fungsi Suruhanjaya Tenaga daripada kerajaan Persekutuan pada Januari tahun ini adalah sejarah bagi Sabah.

Ia menunjukkan komitmen dan kerjasama tinggi kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pelan Induk ini juga merupakan salah satu kejayaan kerajaan negeri mendapatkan hak Sabah di bawah MA63.

“Saya menyokong penuh SE-RAMP 2040 kerana ia akan menyediakan garis panduan untuk kerajaan dan pemain dalam sektor gas dan elektrik. Ini akan membolehkan industri tenaga Sabah dipantau dengan teliti dan terus berkembang untuk manfaat orang ramai,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya