Cik Bunga perasan juga ramai kalangan artis kita sekarang semakin pandai menjaga penampilan diri baik daripada segi imej dan juga kecantikan. Lelaki atau perempuan.
Baguslah, tak akanlah sebagai artis hendak tampil kusam, tak ceria dan selekeh. Kalau macam itu, pastilah peminat pun ramai yang lari.
Bercakap pasal bab ini, Cik Bunga ada dengar juga khabarnya, sebab nak pastikan penampilan diri sentiasa tip top, penyanyi Hael Husaini pun terjebak obses untuk kurus.
Tetapi, iya tak iya juga sekarang ini, kalau tengok Hael, makin kurus juga. Mulanya Cik Bunga ingat mungkin disebabkan jadualnya yang padat dan sentiasa sibuk lalu menjadikan dirinya kurus.
Iyalah, boleh jadi juga. Kita pun kadangkala kalau terlalu banyak kerja, sampai tak ingat nak makan pun, boleh cepat turun berat badan. Tetapi janganlah pula ikuti cara begini. Tak sihat ya.
Tak pastilah adalah itu antara punca Hael dikatakan kelihatan semakin kurus. Bagi Cik Bunga, tak boleh juga nak tuduh dia obses nak kurus. Mungkin Hael pun tak sedar berat badan turun sebab terlalu sibuk.
Ini bukan nak ‘body shamming’ ya. Jangan pula salah faham, Kalau kurus atau gemuk pun, yang penting diri sihat. Betul tak?