Ar Rhn Pajak Gadai Islam anjur gotong-royong kacau bubur Asyura

Gotong-royong kacau bubur Asyura

MOHD. Amirruddin Arzami, (tiga, kiri) mengacau bubur Asyura bersama pelajar dan kakitangan sekolah ketika Program Mengacau Bubur Asyura di Sekolah Rendah Tunku Putera (SKTP), Baling Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memupuk budaya bekerjasama dan bergotong-royong serta menyantuni masyarakat merupakan aktiviti pertama yang dijalankan oleh Ar Rhn Pajak Gadai Islam Cawangan Baling di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera (SKTP), baru-baru ini.

Pengurus Cawangannya, Mohd Amirruddin Arzami, berkata, program mengacau bubur lambuk ini merupakan salah satu projek terpilih tanggung jawab sosial korporat (CSR) bersama masyarakat dan penglibatannya bersama pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera (SKTP).

“Seramai 400 pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ini mengambil bahagian mengacau bubur Asyura untuk sama-sama mengimarahkan bulan Awal Muharam ini di samping mengeratkan silaturahim warga sekolah dengan bergotong-royong mengacau empat kawah bubur Asyura.”

“Bubur yang siap dimasak diagihkan kepada semua pelajar termasuk pelajar bukan Islam untuk sama-sama kita rasai nikmat dan kesedapan bubur Asyura yang dimasak secara tradisional ini,” kata Mohd Amirruddin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya