Gempar rumah, bot musnah terbakar di Pulau Ketam - Utusan Malaysia

Gempar rumah, bot musnah terbakar di Pulau Ketam

Pulau Ketam
PASUKAN bomba sukarelawan Pulau Ketam membantu memadam kebakaran dekat sebuah rumah antara yang terbabit dalam kejadian di Bagan Teow Chew di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Suasana di Bagan Teow Chew, Pulau Ketam di sini, gempar apabila tiga buah rumah dan dua tempat pemunggahan ikan di kawasan itu musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu turut memusnahkan tiga bot nelayan yang berada berdekatan jeti.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Wong, 50-an berkata, ketika kejadian rata-rata penduduk yang terdiri daripada nelayan tiada di rumah kerana keluar mencari hasil laut.

Katanya, kebakaran itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke premis berdekatan lain.

“Melihat api mula marak, penduduk dan pasukan bomba sukarelawan segera memadamkan kebakaran itu.

“Selain itu, penduduk bertindak menyimbah air di lapan rumah berhampiran bagi mengurangkan bahang dan kemusnahan lebih besar,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Tambah Wong, kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira pukul 2.30 petang dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian melibatkan rumah bangunan kelas C tersebut.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dan Andalas dikerah dalam operasi itu selain dua bot bomba,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya