Gempa Maghribi: Malaysia tawar bantuan - Zambry

Gempa Maghribi: Malaysia tawar bantuan – Zambry

SEORANG penduduk berjalan melalui runtuhan bangunan di Marrakesh, Maghribi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menawarkan bentuk bantuan yang diperlukan kepada Kerajaan Maghribi susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Marrakech, kelmarin.

Perkara itu disampaikan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kepada rakan sejawatnya, Nasser Bourita ketika dihubungi bagi mendapatkan maklumat terkini bencana yang berlaku.

Pada masa sama, beliau turut menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Astanah Abdul Aziz bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian.

“Beliau memaklumkan kepada saya, sehingga kini tiada laporan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Semua rakyat Malaysia yang dihubungi setakat ini berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry turut menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan Maghribi dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi ini selain mendoakan keselamatan kepada seluruh rakyat negara itu.

Jumlah korban gempa bumi kuat yang melanda Maghribi, lewat malam kelmarin, terus meningkat melepasi 2,000 mangsa kini, manakala lebih 2,000 lagi mengalami kecederaan dengan ramai yang cedera parah.

Kementerian Dalam Negeri Maghribi dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, sekurang-kurang 2,012 kematian disahkan dan 2,059 mangsa cedera, termasuk 1,404 berada dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, Pusat Geofizik Maghribi memaklumkan gempa berlaku sejurus selepas pukul 11 malam itu berukuran 7.2 magnitud yang menggegarkan Ighil di Pergunungan Atlas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya