Gelombang PN setakat PRN sahaja - Liew Chin Tong

Gelombang PN setakat PRN sahaja – Liew Chin Tong

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Setiausaha Agung DAP,  Liew Chin Tong menyifatkan gelombang Perikatan Nasional (PN) sudah berakhir dan hanya setakat meraih sokongan serta  undi majoriti pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Katanya, ia dibuktikan dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, baru-baru ini.

“Semakin jelas apa yang saya katakan sebelum ini bahawa gelombang Perikatan Nasional (PN) hanya sampai setakat ini sahaja telah terbukti benar. Keputusan PRN di enam negeri adalah tahap maksimum yang mampu dicapai oleh PN yang hanya bermain dengan emosi kaum dan agama.

“Jika PN masih gagal mendekati pengundi Melayu sederhana dan sebahagian daripada pengundi bukan Melayu, pengaruh gabungan itu hanya terhad di bahagian utara dan pantai timur Semenanjung,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengakui Pas akan terus popular dalam kalangan pengundi terutama setelah menguasai empat kerajaan negeri, namun ‘khuatir’ dengan masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tidak mustahil Bersatu akan semakin menurun sokongan terhadapnya, malah mungkin terpinggir begitu sahaja pada suatu masa nanti,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya