Gelek sakan, Baby Shima tak sangka terima respons positif - Utusan Malaysia

Gelek sakan, Baby Shima tak sangka terima respons positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Baby Shima, 28, tidak menyangka penampilannya di Konsert Hausboom Music menerima teriakan dan tepukan gemuruh  pengunjung yang rara-rata bukan peminat genre muzik dangdut.

Menurut Shima, banyak notifikasi diterimanya daripada pengunjung yang kebanyakannya gembira dengan persembahan yang berlangsung pada Sabtu lalu itu.

“Tak sangka ramai yang seronok. Saya dapat banyak maklum balas daripada penonton yang berkongsi video di media sosial. Reaksi mereka membuatkan saya rasa sangat gembira.

“Apa yang terjadi di Konsert Hausboom Music adalah di luar jangkaan jangkaan saya. Ia membuktikan genre dangdut yang saya bawakan mendapat tempat di hati peminat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Shima dalam pada itu tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan serta kata-kata kurang enak berhubung penampilannya di konsert tersebut.

“Hendak menempuh pasaran arus perdana bukan mudah apa lagi genre dangdut di Malaysia. Saya kena cekal dan kekal memperjuangkan walau tidak henti ditomah segelintir orang.

“Segala yang saya lakukan, saya anggap ia suatu pengorbanan,” tambahnya yang menyifatkan persembahannya di konsert terbabit sebagai kerja profesional.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu menjelaskan bukan mudah menyanyi dan menari dalam masa yang sama. Katanya, dia berguru jauh ke Indonesia bagi memastikan persembahannya kekal bertenaga di atas panggung.

“Mungkin ramai ingat menari dangdut ini senang. Tapi sukar terutamanya untuk kawal pernafasan.

“Saya memang berguru dengan penyanyi profesional di Indonesia agar mutu persembahan saya tetap baik.

“Tambahan pula untuk konsert tempoh hari, saya bawakan pasukan dari Indonesia, sebab itu muzik yang ditampilkan berbeza,” tambahnya lagi.

Baby Shima merupakan satu-satunya penyanyi yang mempersembahkan genre dangdut semasa hari pertama Konsert Hausboom Music.

Turut menggegarkan ialah IamNeeta, Insomniacks, NoGood dan Orkes A Hizaden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN