Gabungan PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS, PBB

Gabungan PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS, PBB tunggu hingga Disember

ABANG Johari bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Tertinggi PBB Sarawak di Ibu Pejabat PBB, Petrajaya petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jangkaan gabungan jalinan kerjasama antara Parti Progresif Demokratik (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak ada kaitan dengan Gabungan Parti Sarawak (dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak ada kaitan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS)..

Malah, Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mendedahkan belum ada stuktur kepada jalinan kerjasama kedua parti PDP dan PSB berkenaan.

“Pendirian PBB serupa dengan GPS. Seperti mana yang saya sudah umumkan bahawa kerjasama PDP dan PSB itu terpulang kepada mereka.

“Tetapi saya tegaskan PSB bukan ahli GPS, dan apa sahaja jalinan kerjasama terpulang kepada mereka kerana struktur gabungan bagi keduanya belum ada,” jelasnya.

Pada Ogos baru-baru ini, Parti Progresif Demokratik (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dijangka mewujudkan gabungan kedua parti Disember ini, kata Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing.

Jelas beliau, kedua-dua parti itu perlu mencari jalan yang ideal terlebih dahulu bagi mewujudkan kerjasama untuk bergabung.

Sementara itu, ditanya jika PDP dan PSB bergabung, adakah PDP memerlukan kelulusan dari GPS.

Abang Johari memberi bayangan keputusan itu terpulang kepada kedua parti itu sekiranya mereka sanggup membubarkan parti mereka atau tidak, dan ia terpulang kepada mereka.

“Ia tiada kaitan dengan PBb dan GPS. Mereka hanya ahli gps, pdp adalah ahli gps. yang itu terpulang kepada mereka,” tegasnya lagi.

Bagaimanapun, Abang Johari berkata semua itu terpulang kepada gabungan yang dijangka akan terjalin pada Disember kelak.

“Disember masih lama, apa-apa boleh terjadi dalam waktu ini dan bulan Disember nanti.

“Sebab itu saya enggan memberi sebarang ulasan, tetapi jika sesuatu berlaku baru saya komen,” katanya.

Pada Julai lalu, PSB yang merupakan parti pembangkang Sarawak mengumumkan sokongan terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak.

Sokongan tersebut membawa PSB dan PDP menandatangani satu perjanjian persefahaman di Kuala Lumpur bagi membentuk kerjasama, pada masa yang sama bertujuan untuk menggabungkan kedua-dua parti tersebut.

Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, pilihan mereka untuk menyokong kepemimpinan semasa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara.

Justeru King Sing menegaskan agar supaya parti-parti lain tidak membuat spekulasi atau mempunyai pandangan negatif tentang gabungan kedua-dua parti itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya