Futsal santai PWP, Pemuda Pas Perlis meriah - Utusan Malaysia

Futsal santai PWP, Pemuda Pas Perlis meriah

PARA pemain PWP dan Pemuda Pas Perlis bergambar selepas perlawanan futsal persahabatan di Arena Futsal UTC, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlawanan futsal persahabatan antara Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan Pemuda Pas negeri berlangsung meriah dalam semangat kekeluargaan dan muhibah di Arena Futsal UTC, Kangar di sini, semalam.

Perlawanan yang bermula pada pukul 9.30 malam itu diserikan dengan kehadiran Ketua Pemuda Pas negeri, Haziq Asyraf Dun yang turut beraksi bersama-sama.

Para pemain kedua-dua pasukan yang mengikuti perlawanan berkenaan mempamerkan aksi hebat dengan semangat kesukanan yang cukup tinggi.

Haziq Asyraf berkata, aktiviti berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak khususnya bagi tujuan semak imbang kepada organisasi dan juga kerajaan negeri.

“Insya-Allah aktiviti seperti ini akan diteruskan bersama pihak media negeri ini dan juga ke depan kita akan bersama pasukan-pasukan lain daripada pelbagai parti politik untuk perlawanan futsal ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya