Fenomena air pasang merah di perairan Pulau Pinang tunjuk penurunan - Utusan Malaysia

Fenomena air pasang merah di perairan Pulau Pinang tunjuk penurunan

ZARINA ZAINUDDIN (kanan) dan Fahmi Zainol ketika melawat sangkar ikan di perairan Pulau Jerejak, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Fenomena air pasang merah susulan ledakan alga spesis ‘Noctiluca scintillans’ yang melanda perairan Teluk Bahang di sini, sejak 28 Ogos lalu menunjukkan trend penurunan.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zarina Zainuddin walaupun bagaimanapun berkata, kandungan oksigen terlarut di perairan terbabit didapati masih rendah.

“Setakat ini, sebanyak empat siri pensampelan telah diambil dan hasil keputusan ujian makmal mendapati berlaku trend penurunan di kawasan berkenaan.

“Daripada segi visual pula, warna merah didapati sudah tidak ada, namun saya dimaklumkan kandungan oksigen air masih lagi rendah.

“Satu lagi sampel air akan diambil pada Jumaat ini dan kita akan buat perbandingan dan lihat bagaimana keputusannya nanti,” katanya.

FENOMENA air pasang merah yang didakwa berlaku di sekitar perairan Teluk Bahang dan Sungai Pinang, di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Program Gotong-Royong Perdana Membersihkan Kawasan Pulau Jerejak, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol dan Pengarah Perkhidmatan Perbandaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Othman Abdul Latiff.

Mengulas lanjut, Zarina berkata, masyarakat sedia maklum alga terbabit bukan toksin, malah sumber ikan di perairan ini selamat untuk dimakan.

“Tidak ada masalah untuk makan (ikan), kerana ia mati disebabkan oleh alga yang menyelaputi insang ikan sekali gus menyebabkan ia tidak dapat bernafas.

“Walau bagaimanapun, pemantauan akan terus dijalankan dan kita bergantung kepada data makmal bagi memastikan keadaan kembali selamat,” katanya.

Minggu lalu, media melaporkan fenomena air merah di Teluk Bahang dekat sini yang menyebabkan kerugian antara RM200,000 hingga RM300,000 kepada penternak susulan kematian 12 tan ternakan ikan sangkar dalam lima hari sejak insiden itu berlaku Sabtu minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya