FAMA sedia bantu kerajaan pasarkan beras - Utusan Malaysia

FAMA sedia bantu kerajaan pasarkan beras

ABDUL RASHID Bahri (tiga dari kanan) ketika melancarkan portal Agrobazar Online (ABO 3.0) dan sesi menandatangani MoU antara FAMA bersama Razer Merchant Services Sdn. Bhd. di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia membantu memasarkan beras di pusat operasi milik agensi berkenaan bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan makanan ruji tersebut di pasaran.

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya berhubung perkara itu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) yang dijangka mengadakan perbincangan dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan pengeluar padi esok.

“FAMAbersedia membantu kerajaan memasarkan bekalan beras dengan menyediakan ruang pasaran di pusat operasi serta outlet-outlet FAMA, pasar tani dan sebagainya.

”Kita akan membantu pasarkan beras di tempat-tempat yang ada kekurangan beras, bukan kita jual beras di pasar raya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran portal Agrobazar Online (ABO 3.0) dan sesi menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara FAMA bersama Razer Merchant Services Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, pengilang padi dan pemborong beras negara dilaporkan diminta untuk meningkatkan bekalan BPT sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan, sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan itu di pasaran.

Menurut Abdul Rashid, FAMA berpengalaman membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan telur tahun lalu dengan menyediakan ruang pasaran serta memasarkan telur di kawasan yang berlaku kekurangan bahan makanan itu.

”Kita telah diminta membantu kerajaan (pasarkan beras) berdasarkan pengalaman FAMA sebelum ini yang telah mengedarkan telur ketika berlaku kekurangan telur di pasaran.

”Sebagai contoh di Pantai Timur pada masa itu ada kekurangan telur kerana pengeluaran telur di kawasan Pantai Barat. Dengan semangat yang sama juga FAMA akan bantu kerajaan bagi atasi isu berkaitan bekalan beras ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, portal Agrobazaar Online (ABO) yang merupakan platform e-dagang pemasaran maya produk pertanian dan agromakanan yang diuruskan sepenuhnya FAMA berjaya mengumpul transaksi jualan sebanyak RM12 juta sejak portal itu di daftarkan dari 2014 hingga Ogos tahun ini.

Katanya, seramai seramai 8,703 usahawan dan 26,854 unit simpanan stok produk telah didaftarkan di ABO sepanjang tempoh sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya