Fadillah beri jaminan bantu dana bina infrastruktur asas

Fadillah beri jaminan bantu dana bina infrastruktur asas penanaman padi di Sarawak

ABANG Johari Tun Openg (dua kanan) menyampaikan Anugerah Peladang Jaya kepada salah seorang penerima di Sarawak Agrofest, di Dataran Perayaan Jalan Stadium Petra Jaya Kuching hari ini..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana bagi membina sistem saliran dan pengairan dalam merealisasikan cadangan tanaman padi di Sarawak.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata walaupun Sarawak mempunyai tanah yang luas untuk penanaman padi, namun kos untuk membina sistem saliran dan pengairan terlalu mahal untuk pembinaanya.

“Jika tanpa sistem perparitan dan pengairan, penghasilan tanaman padi di satu-satu kawasan itu tidak akan berkesan.

“Selain kawasan lain, salah satu sawah padi yang kita kenal pasti adalah di Banting, Sri Aman, namun kos untuk membina sistem perparitan dan pengairan di sana hampir RM1 bilion.

“Sebab itu sukar untuk kita pergi ke skala besar dan memerlukan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi saya harap Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) membantu kita dalam perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sarawak Agrofest 2023 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya di sini hari ini.

Mengulas perkara itu, Fadillah mengakui memerlukan kos yang tinggi untuk membina sistem pengairan penanaman padi di Sarawak.

Justeru, beliau memberi jaminan akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dengan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan; Kementerian Ekonomi, dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan berbincang dengan mereka mengenai peruntukan tahunan supaya sistem perparitan dan pengairan dapat dilaksanakan di kawasan yang telah dikenal pasti oleh Premier Sarawak tadi. Kita juga akan menyelesaikan butirannya selepas membawa bincang.

“Buat masa ini, kita tidak mempunyai jangka masa bila ia akan diberikan atau berapa banyak yang akan diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan.

“Kita perlu berbincang secara menyeluruh terlebih dahulu mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya